DAY 6 - ITS ALL ABOUT CARBS
Hari 6 dan 7 adalah hari minggu. Jadi ia agak mencabar. Cuma harini dapat makan NASI!!
Macam hari semalam, saya cuba untuk tidak membiarkan diri kelaparan. Kerana diri yang lapar boleh GAGAL bila bila masa sahaja.
Penyelamat saya adalah shake protein (Energizing Soy Protein), sebab saya akan ambilnya setiap kali waktu snacking. Saya dah jumpa cara untuk jadikannya mengenyangkan iaitu blend dgn 1/2 cawan low fat milk, buah sebiji (kalau pisang paling best). Shake protein ini memang penyelamat ibu menyusu. Tak terbabas diet.
Kami makan luar harini. teringin nak makan salmon. MasyaAllah mahal kan kalau betul betul nk eat clean. Jadi eloklah masak di rumah sahaja. Kami pergi ke Big Brother untuk makan seafood family platter. Tu pun dapat 4 ketul sayur sahaja. hmmmm
Malam, keluarga saya nak outing ke restoran Mee Tarik di Alam Avenue. Jadi saya buat keputusan untuk bawa bekal..Saya balik rumah dulu dan grill ikan kembungndan rebus sayur sikit. Dan bawa bekal sendiri..haha..Fuh sikit lagi tergagal tanpa sengaja.
Harini segar sikit dan bertenaga, takde hal sangat..Alhamdulillah. Pembuangan pun normal.
Ni makanan harini :
Omelette dengan tomato dan kucai + SALAD |
ikan kembung grill, sayur rebus dan mee tarik |
DAY 7 - ITS ALL ABOUT A FRESH START
Yeay! Tak sangka saya tiba ke penghujung. Harini saya dah tau apa nak buat. Pagi ada tetamu datang jadi saya cuma blend protein fruit smoothie. Kemudian tengahari saya masak seafood aglio olio untuk family, dan saya ambik sikit dan makan dgn ikan tenggiri separuh.
Malam saya habiskan ikan tu, dgn sikit nasi dan sayuran salad.
lunch : Seafood Aglio Olio + ikan tenggiri + sayur rebus |
dinner : nasi 1/4, ikan tenggiri + salad + telur rebus |
ALHAMDULILLAH, detoks dah berakhir. Overall rasa sangat bertenaga, cuma ada sedikit berkahak, mungkin liver/hati saya sedang membersihkan dirinya.
Jadi setelah 7 hari detoks, saya sayangkan tubuh saya yang dah bersih (dan berat saya yang dah hilang), maka saya ambil keputusan untuk teruskan makan secara bersih dan sihat.
Oleh kerana saya masih menyusukan, saya akan makan diet biasa cuma kecilkan porsi, tukar cara memasak dan tidak mengambil gula. Jom tengok resultnya.
Jangan lupa nantikan updates saya ya!
No comments:
Post a Comment