Pertamanya kita ketahui bagaimana tubuh kita mengumpul toksin?
1. daripada pemakanan yang penuh kalori & kolesterol &junk,
2. gaya hidup yang tidak aktif,
3. stress,
4. pengambilan ubat ubatan/antibiotik (jenis dadah) yang banyak.
Tubuh kita pula makin berusia untuk membuang toksin. Kesukaran untuk menurunkan berat badan, kulit mudah berjerawat, dan kusam adalah berpunca dari penuhnya toksin dalam badan.
Ramai orang salah faham dan menyangka detoks sebagai berak atau pembuangan. Kalau nak slimming mesti makan produk yang kasi berak berak. Kalau nak tahu berak berak adalah salah satu kesan sampingan detoks sahaja. Detoks ada 3 jenis yang utama dan berak bukan yang utama dan kadangkala kita perlukan sedikit bantuan dari bahan- bahan semulajadi atau juga supplemen yang semulajadi :)
1. Detoks HATI adalah paling utama.
Kita selalu terlupa fungsi hati. Hati adalah organ kedua tubuh yang terbesar selepas kulit. Hati ni fungsi dia sangat besar sebab dia lah yang menapis segala toksin yang masuk ke dalam badan. Kemudian lepas dia tapis dia hantar balik darah ke jantung untuk dihantar ke seluruh badan.
antara bahan semulajadi bagus untuk HATI |
Fatty Liver adalah disebabkan toksin terlalu banyak dan hati pula tersumbat dan tak dapat menjalankan tugasnya dengan betul. Dan dia boleh jadi teruk apabila sampai tahap Liver Cirrhosis - yang dah rosakkan sel hati dan akhirnya boleh membawa kepada kanser dan sebagainya.
Macamana hati boleh rosak kalau tak disayangi |
seram oiii |
contoh Jus Mat Salleh |
Orang Asia belah belah Jepun lak memang suka dengan Reishi Mushroom ni tau, untuk kesihatan hati, buah pinggang dan immunity.
banyak sangat khasiat mushroom ni |
2. DETOKS DARAH
Pernah tak kita terfikir, bila selalu letih-letih dan lesu, ianya adalah petanda darah yang penuh toksin dan kita perlu mula detoks darah? Darah yang penuh toksin akan menyebabkan nutrient dalam darah tidak dapat disalurkan ke seluruh badan dengan baik. Toksin yang menyerang sel akan menyebabkan sel tidak dapat cas tenaga (mithocondria) yang diperlukan, dan keadaan ini dibiarkan hari demi hari dan akan merosakkan badan kita
3. DETOKS USUS
Ha inilah yang paling popular. Berak berak. Umum menyangka cukup dengan sekadar berak anda sudah detoks. Bila saya buat pembacaan sebenarnya tak banyak study yang menyokong bab "pembersihan usus". Teorinya adalah kerana mereka percaya makanan2 yang tidak dihadam akan bertukar jadi toksik dan kembali dipusing ke dalam sistem tubuh.
Apa yang anda boleh makan untuk bersihkan usus |
xoxo
No comments:
Post a Comment