Saya mulakan satu meal plan ni. Ia adalah cleanse body program selama 7 hari. Kena ikut meal plan beserta supplement detox. Jadi saya akan review setiap hari ya, stay tuned!!
Saya timbang untuk hari pertama, nak tengok berapa kg boleh hilang sepanjang 7 hari. BERAT PERMULAAN IALAH 65KG.
Saya tak ada masa sangat nak bersenam sebab di rumah ni nak layan 3 orang anak (1 toddler aktif dan 1 baby newborn). Jadi mereka sajalah senaman saya.
Sejak habis pantang berat memang duduk situ je tak turun turun. Ye lah makan nasi bagai juara, gula semua. Jadi saya ambil keputusan mungkin tiba masanya saya perlu bersihkan segala toksin yang menyebabkan saya crave nasi, gula dan lain lain untuk turunkan berat.
Jom layan gambar menu hari pertama:
saya kena keluar jadi bawa bekal |
ni dinner |
Oh ya untuk breastfeeding mommies, nutritionist kami cadangkan untuk tambah 2-3 serving protein. Jadi saya cuma ambil protein shake tambahan. Dan carik carik dada ayam dalam salad. Memang jadi bf mommy rasa lapar dia lagi kuat tau, ye lah nak produce susu kan.
OK Review DAY 1
Pagi sampai tengahari takde masalah sangat, tapi masuk petang, saya mula rasa resah dan lapar. Mungkin sebab saya punya waktu makan tak tetap. Kalau ikut betul waktu tu memang inshaAllah takde rasa lapar sangat.
Malam pula angin mula keluar. hikss.. tapi tidur sedap alhamdulillah.
Bagi saya makan salad je seharian not too bad lah..
Kita tengok besok pula - hari sup sayur ;)
No comments:
Post a Comment