Kenapa Detoks?

kenapa detoks
Adakah anda terfikir nak detoks tetapi tidak pasti apakah manfaatnya?

Apabila detoks dilakukan dengan betul, iaitu secara sihat, selamat dan terkawal Bila tubuh anda menjadi lebih "bersih" dan sihat ia boleh memberikan pelbagai kesan positif.

Mari saya kongsikan kenapa anda WAJIB berdetoks, dan apakah faedah yang anda akan rasai.


1. Buang toksin dari badan

Pendedahan jangka panjang kepada toksin (pencemaran alam sekitar, bahan kimia penyebab kanser, bahan pengawet, racun perosak, logam berat, dan sisa industri) memberi kesan kepada metabolisme tubuh, tingkah laku, sistem imun kita, dan membawa kepada penyakit.

Ia disimpan dalam tisu dan sel-sel di seluruh tubuh, termasuk otak, selalunya selama bertahun- tahun!


2. Mencegah penyakit kronik

Toksin dari alam sekitar lah penyebab bagi kebanyakan daripada kanser, penyakit saraf, penyakit jantung, strok ..dan macam macam penyakit kronik lain. Badan kita memang secara semulajadi mempunyai fungsi detoks sendiri dalam berhadapan dengan bahaya ini, tetapi sistem tersebut sentiasa terbeban dengan pencemaran, gaya hidup tak sihat, stress dan sebagainya!

Proses detoks dapat membantu memperbaiki apa yang badan kita cuba lakukan secara semula jadi, contohnya mempertahankan dari segala bentuk serangan terhadap imuniti tubuh.


3. Meningkatkan fungsi sistem imun

Sistem imun yang lemah membuatkan kita terdedah kepada selsema dan demam, yang menjejaskan kualiti hidup dan produktiviti. Detoks dapat membantu menguatkan sistem fungsi imun dan melawan jangkitan.

4. Kurangkan berat badan

Toksin menjejaskan keupayaan semulajadi badan untuk membakar lemak, yang membawa kepada pertambahan berat badan. Kencing manis, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi secara langsung dikaitkan dengan isu berat badan. Detoks dapat membuang toksin disimpan dalam sel-sel lemak dan seterusnya meningkatkan metabolisme.


5. Penuaan Perlahan-lahan

Detoks dapat mencegah badan dari diserang radikal bebas yang bertanggungjawab untuk penuaan. Detoks juga membantu meningkatkan penyerapan nutrien, termasuk antioksida dan vitamin yang membantu melawan tekanan oksidatif (kerosakan sel pantas akibat radikal bebas).


6. Meningkatkan kualiti hidup

Ringkasnya, badan kita tidak berfungsi dengan baik apabila ia sangat penuh dengan toksin. Kita mungkin mempunyai sakit sendi, sakit kepala, gangguan pencernaan, masalah tidur, dan kekurangan tenaga.
Tahukah anda, kemurungan boleh berkurangan dan ingatan boleh diperbaiki kalau kita detoks!


7. Meningkatkan tenaga

Anda akan mempunyai lebih tenaga mental, fizikal dan emosi selepas detoks. Selalunya tidur akan jadi lebih berkualiti dan tak perlu terlalu banyak tidur, sikit pun dah puas!


8. Mencantikkan kulit

Diet dan alam sekitar yang penuh toksin pasti akan memberi kesan kepada kulit. Detoks boleh membasmi jerawat, menguatkan rambut dan kuku, dan memberikan kita seri wajah yang cantik dan sihat.


9. Kestabilan mental dan emosi

Apabila sistem badan bekerja dengan seimbang, keadaan mental dan emosi juga akan bertambah baik. Kita boleh melakukan urusan harian dengan lebih apabila kita cekap dan efisien. Selain itu, kita boleh membuat keputusan yang lebih baik, menganalisa dengan tepat, dan melihat sesuatu perkara dari sudut sudut kreatif dan berbeza.


10. Mengembalikan keseimbangan kepada sistem badan kita.

Sistem penghadaman, sistem saraf dan sistem hormon kita dicipta dengan indah untuk bekerja bersama sama untuk mencapai kesihatan optimum. Inilah apa yang tubuh kita mahu lakukan.

Apabila kita bebankan sistem sistem ini dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, mereka  tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan kita akan jatuh sakit.

Detoks membawa keseimbangan kembali dan membantu sistem kita berfungsi dengan baik.

Itulah dia 10 sebab kenapa kita patut detoks.

xoxo
kenapa detoks

No comments:

Post a Comment