Tuesday, June 28, 2016

Apa perancangan Diet Hari Raya?

diet-lepas-raya

Cikdetoks kira tinggal seminggu je lagi nak raya ni. Dah bersedia tak nak serang rendang, lemang, ketupat, soto, masak lodeh, kuah kacang, nasi impit, sup tulang, laksa, pulut kuning, kuih muih, biskut biskut, kek, air manis...

PITAM...

Tapi, eh jangan risau. Setelah elok eat clean bagai sepanjang bulan Ramadan, apa salahnya kita berhari raya sikit.

Strategi diet pada hari raya ; MAINTAIN BERAT JANGAN TAMBAH BERAT

Tu je dah cukup OK!!

Satu benda yang biasa anda akan rasa ialah rasa senak dan pedih ulu hati. Sebab selama 30 hari tubuh kita detoks dengan cuma sedikit makanan, dan kurang lemak. Tiba tiba sahaja macam macam kita makan pada hari raya. Jadi perlahan lahan ya. Terkejut badan karang.

Jom kita peringat macamana nak makan semasa hari raya, supaya berat kekal dan tak bertambah.

Tips maintain berat di aidilfitri:

1. Sila Makan semua Juadah yang anda suka
Hoyeahhh,,best kan tips ni. Siapa yang taknak. Dah sebulan berpuasa, takkan tak boleh. Tapi ada syarat. Ikut semua syarat selepas ini.

2. Makan ikut portion
Karbohidrat tetap segenggam, dan gantikan dengan sayuran. Saya perasan memang sukar nak cari sayuran di kala hari raya. Yang ada cuma dalam kuah santan (kuah lodeh). Cuba usahakan salad, timun dan tomato utk dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang. Amacam...rare kan???

3. Makan sup dahulu
Boleh hirup kuah soto dulu, kasi separa kenyang sebelum teruskan dengan juadah lain lain.

4. Jangan minum air gas
Ini je jangan. Air gas sangat tinggi kandungan gula. Kalau bukan sebab makanan, anda boleh jadi gemuk (dan tak sihat) jika ambil minuman berkarbonat. Gantikan dengan air masak yang banyak. Penting juga untuk pencernaan dan pelawasan sempurna

5. Selit protein shake antara waktu juadah
Boring nya..raya pun nak ambil protein?..Ya memang juadah raya sangat rendah protein. Teruskan pengambilan shake ini dan ia juga boleh kawal kelaparan dan kemaruk.

6. Banyakkan aktiviti
Memang sangat sibuk kalau raya pertama sampai keempat. Bekerja di dapur, menerima kunjungan tetamu, pergi beraya. Pastikan anda banyak berjalan dan beraktiviti. Bakar la kalori dari lemang tu sikit!

7. Hadkan beraya sampai 7 hari sahaja!!
Lepas hari ketujuh, anda boleh mulakan puasa enam, atau Detoks semula kembali ke program eat clean. Detoks maksudnya ambil pelan pemakanan sihat beserta supplemen yang sesuai.

Oh ya! Saya ada grup telegram yang akan bermula pada 12 Julai ini, untuk membantu anda dalam program detoks dan eat celan selepas musim perayaan.

Hubungi saya untuk dimasukkan dalam grup Telegram itu ya.. we gonna have FUN!

Thursday, June 9, 2016

Total 8KG Lost!

Alhamdulillah..

Saya secara tak sengaja bermula detoks pada 16 April 2016. Tak sengaja sebab saya tak berfikir panjang sangat, terus saja bermula.
Dan hari ini 10 Jun 2016, sejumlah 8KG saya dah berjaya buang.

Dari 65KG dan sekarang 57KG

Sebelum ini..

- Saya rasa mustahil nak turun walau 1KG pun, kerana saya menyusu
- Saya berpendapat ibu menyusu memang tidak boleh kawal pemakanan kerana selera yang tinggi
- Saya ingat dengan menurunkan berat badan, susu akan terjejas dan kesian kat baby
- Saya ingat saya tak boleh buang gula dari kehidupan
- Saya ingat saya harus berlapar untuk kurus
- Saya ingat kalau saya turun berat badan, ia akan kembali semula ke asal
- Saya ingat saya takkan kurus tanpa bersenam
- Saya ingat saya akan overweight selama lamanya
- Saya ingat hanya dengan berpuasa saya akan kurus

Semua tu alasan belaka rupanya uhukkk..

Sebenarnya, sepanjang 2 bulan ini, tubuh saya semakin segar dan sihat kerana saya memilih apa yang saya makan.

Dan paling penting saya jaga jumlah dan jenis makanan yang masuk. Dan saya sekali kali tak benarkan diri berlapar.

Mengikut nisbah seperti berikut:
  • Sayuran adalah perkara paling banyak saya makan (3 bahagian)
  • Kemudian protein (2 bahagian)
  • Kemudian buah buahan Dan serat (2 bahagian)
  • Kemudian (kalau masih perlu) baru ada karbohidrat (2 bahagian)
Hujung minggu biasanya saya makan seperti biasa, dan menjaga jumlah karbohidrat yang masuk (nasi) dan gula. Sayuran saya akan ambil tambahan di rumah. Selalunya salad. Saya takkan biarkan sehari tanpa sayuran.

Dan paling utama, saya pastikan tak lapar. Kerana memang selera ibu menyusu agak ganas. Kalau saya lapar sebelum waktu makan, besar kemungkinan fikiran akan menjadi kurang waras nak memilih makan. Dan selalunya saya akan makan nasi banyak. dan bertambah.

Saya pastikan 2 jam sebelum makan tengahari/malam, saya dah minum protein saya yang enak tu. Bila macamtu selalunya saya memang boleh tahan godaan meja makan.

Dah dapatkan Menu Detoks yang saya kompilasi PERCUMA untuk Ramadan?

Kalau belum boleh download di sini

Friday, June 3, 2016

7 Tanda Tubuh Penuh Toksin

Mungkin anda rasa anda sihat sahaja.

Tapi tak pulak rasa cergas dan bertenaga sentiasa. Kadang- kadang rasa tak larat, rasa lesu, cepat ngantuk. Banyak rasa resah gelisah. Perut asyik berangin. Sendawa tak henti henti. Lepastu sakit kepala pulak.

Benda kecik kecik ni selalu ganggu kehidupan seharian. Nak kata serius sampai perlu jumpa doktor, tak pulak. Tapi benda kecik kecik ni mengganggu kegembiraan seharian, dan buat rasa badan makin tua.

Berita baiknya, anda bukan semakin tua. Ada orang yang lebih tua yang lebih cergas dari anda. Mungkin tubuh anda cuma banyak toksin.

Tak berapa pasti? Ini ada 7 tanda tubuh anda mungkin penuh toksin, dan perlu detoks segera.

1. Keletihan yang konsisten

Walaupun dah cukup tidur, tapi masih letih. Tubuh anda mungkin sedang "berperang" sekuat kuatnya untuk melawan toksin yang ada. Jika anda memilih untuk mengambil makanan makanan manis atau kopi untuk memerangi keletihan, anda mungkin mengambil langkah yang salah!

2. Kenaikan berat badan yang mudah dan susah nak turun
Sesiapa saja setuju nak turunkan berat sangat susah. Tetapi kalau lah anda dah jaga pemakanan, dan bersenam kerap, tetapi masih ada kenaikan berat, anda mungkin diganggu masalah hormon tak seimbang. Masalah hormon ni sangat terkait dengan jumlah toksin yang terkumpul dalam badan.

3. Mulut berbau
Anda rajin memberus gigi. Cara pun betul. Selalu floss gigi, makan mint penyegar mulut. Tetapi mulut masih berbau busuk. Masalah mulut berbau sering dikaitkan dengan kerak usus yang tebal.  Dan hati sedang berlawan nak buang toksin dari tubuh. Jangan biar lama lama masalah ni, takut hilang kawan pula nanti.

4. Sembelit
Bila kita sembelit, kita sedang membiarkan toksin berkumpul lama lama dalam badan. Dan ia akan melarat buat perut kita sakit, kepala kita sakit, pening dan sebagainya. Banyak kaitan juga dengan kurangnya minum air, dan terlalu banyak makan makanan terproses yang tinggi bahan kimia dan pengawet.

5. Migrain/sakit kepala
Angin yang tak terkeluar dari usus boleh menyebabkan sakit kepala yang tidak terkawal. Berhenti pengambilan painkillers yang bersifat sementara.

6. Reaksi kulit
Jerawat, eczema dan psoriasis menandakan tubuh mungkin bertoksin. Jerawat kadangkala juga diakibatkan toxic dan bahan kimia dari produk penjagaan wajah.

7. Perut kembung / Buncit
Toksin yang berkumpul dalam perut boleh menyebabkan perut keras dan buncit. Jika dibiarkan dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah lain pula seperti migrain dan sebagainya.

Cara- cara mudah untuk detoks:
1. Minum air sekurang kurangnya 2 liter setiap hari
2. Bantu Hati menjalankan tugas membuang toksin dengan nutrient yang baik untuk hati, seperti teh dandelion, parsley, milk thistle, kunyit, cendawan reishi. (Boleh juga dapatkan DTX Complex yang mempunyai kebanyakan ramuan ini)
3. Bersenam. Ia boleh menggalakkan perjalanan darah dan perpeluhan, satu bentuk perkumuhan yang membuang toksin tubuh.
4. Bantu perut untuk menjadi lebih sihat dengan bakteria baik atau probiotik. Boleh amalkan, yogurt, keffir, teh kombucha, tempe, kimchi.
5. Guna produk penjagaan kulit yang diperbuat dari bahan semulajadi. Tanpa wangian, sulfat, phthalates, parabens. Selalu baca label.
6. Pilih makanan yang tak terproses. Makanan yang segar dari ladang!


Nak detoks sempena Ramadan? Dapatkan menu detoks percuma di sini
xoxo




Wednesday, May 18, 2016

5 perkara penting sebelum DETOKS


Harini saya nak kongsi 5 perkara penting untuk anda buat sebelum bermula dengan program detoks ini.

1. Fikir kenapa anda nak detoks sebenarnya?
Adakah anda nak rasa lebih baik, dengan program semula pemakanan? Adakah anda nak rasa lebih sihat dari penyakit penyakit dari pemakanan e.g gastrik, migrain, kencing manis, kolesterol? Adakah anda mahu turunkan berat badan? Adakah anda mahu kulit yang lebih cantik?
Pada mula saya berdetoks, saya cuma mahu lebih sihat kerana saya risaukan organ dalaman saya yang harus bekerja keras memproses makanan yang tidak terkawal. Rupanya saya juga dapat bonus turunkan berat badan. Jadi make sure anda tahu spesifik apa yang anda mahu dari program ini.

2. Fikir, apa akan jadi lepas detoks berakhir?
Fikir tentang tabiat pemakanan anda sekarang. Adakah anda cuma mahu detoks dan kembali kepada cara yang lama? Saya juga mula berubah kepada "eat clean" selepas detoks. Kerana saya sayangkan tubuh saya, dan tabiat pemakanan baru saya. Bayangkan sepanjang Ramadan anda mempunyai tabiat pemakanan yang sihat, dan kemudian tiba hari raya. Kesemuanya punah...
Apa sebenarnya tabiat yang anda ingin ubah. Selama lamanya?

3. Kenali tubuh anda
Ini penting kerana lain orang lain situasi nya. Seperti saya, adalah ibu menyusu eksklusif. Maka saya harus mengambil protein tambahan 2-3 hidangan. Atau anda seorang yang aktif bersukan, kadar nutrient yang anda perlukan mungkin berbeza dari orang yang tidak begitu aktif.

4. Ketahui status kesihatan
Mungkin elok untuk anda periksa kadar gula dalam darah, tahap kolesterol, tekanan darah, BMI, % lemak dan sebagainya. Ini untuk mengetahui bagaimana detoks boleh memperbaiki status kesihatan anda dan beri motivasi untuk anda teruskan gaya hidup sihat selepas ini.

5. Mula perlahan lahan ubah diet sebelum detoks
Jangan kejutkan tubuh anda dengan detoks secara tiba2. Mungkin boleh mula kurangkan gula dari sekarang, atau mula snack buah buahan. Supaya terbiasa bila program detoks bermula nanti.


Itu 5 perkara yang anda mungkin nak buat sebelum mula program detoks ini.

xx

Friday, May 6, 2016

"Eat Clean" tu apa?

Macam gini

"Eat Clean" tu adalah amalan diet yang menolak makanan terproses dan refined. Diet ini menggalakkan makanan sebenar. Makanan asli.

Tanpa kita sedari, banyak unsur makanan kita seharian datang dari sumber yang dipermudahkan dan terproses, contohnya gula putih, nasi putih, roti putih, makanan dalam tin.
Amalan "eat clean" sangat fleksibel sebab boleh strukturkan sendiri cara pemakanan untuk dapatkan lebih nutrisi dalam kadar kalori rendah, boleh elakkan penyakit kronik bercambah, buang toksin, kurangkan berat badan, atau cuma nak rasa segar dan sihat sentiasa, pun boleh.

 5 panduan asas pemakanan "Eat Clean"

1. Makan makanan sebenar/asli. 
Makanan asli ini tak melalui makmal atau kilang. Dari ladang terus ke pinggan anda, haha. Contohnya : buah- buahan, sayur sayuran, kekacang, daging, ikan, telur, produk tenusu.

2. Elakkan Makanan Terproses
Makanan terproses adalah apa sahaja makanan yang mempunyai label. Bila ada label, ia bermaksud ada lebih dari satu jenis bahan digunakan untuk menghasilkan produk itu. Anda boleh pilih makanan terproses contohnya beras perang sebab takkan nak terus makan selepas padi dituai ye tak. Tapi cuba baca label pada makanan itu, kalau ada bahan yang anda tak boleh sebut, jangan masukkan makanan tu dalam troli!

3. Elakkan gula putih
Gula putih tak beri apa apa manfaat kecuali kalori. Gantikan dengan madu atau pemanis stevia (dalam kuantiti yang sedikit). Tapi pengalaman saya, lepas saya makan buah buahan, gula putih memang tak ada tempat dalam diet saya.

4. Makan 5-6 hidangan kecil sehari
Makan cara begini akan mengelakkan anda tak boleh kawal nafsu bila lapar. Saya kalau makan 3 kali sahaja, memang akan terbabas snacking etc. Tetapi cara saya mengawal kelaparan adalah dengan smoothie protein dan buah. MashaAllah sedap dan InshaAllah tak terbabas makan kerepek ubi, kerepek pisang, biskut dan sebagainya haha!

OH BTW, protein tu saya jual, saya boleh tunjukkan bagaimana nak kasi kenyang dan tak terbabas makan burger, kek, nasi goreng dan sebagainya. email saya k aishah.amin@gmail.com

5. Masak sendiri 
Heee nak masak sendiri memang lah susah kan? Nak tau tak pengalaman saya bertukar cara makan dari eat dirty ke eat clean. Kalau dulu, dapur saya akan terpercik banyak minyak, banyak kena kopek bawang etc. Tetapi sejak eat clean, saya cuma guna kuali non stick, perap perap sikit bahan dan masak. Siap!! Sayur pula, jerang air, campak2..5-minit pun dah boleh makan OK.

Tu dia 5 panduan asas eat clean. tak lama lagi saya akan hasilkan E-Book Detoks Ramadhan, khusus untuk mereka yang mahu berpuasa sambil detoks diet, tetapi masih mahu bertenaga dan sihat, dan yang penting KURUS. Kalau berminat email saya di aishah.amin@gmail.com supaya senang saya emailkan saja nanti.





Wednesday, April 27, 2016

10 Peraturan Sewaktu Detoks, Patuh ini Anda Pasti Berjaya :)

OK saya ada buat list macamana nak survive program detoks. Sebab detoks program atau program body cleanse ni sebenarnya agak sukar dan kdang kadang bikin stress sebab kena tinggalkan makanan makanan biasa kita makan.

Macam saya, saya detoks sebab berat saya memang susah nak turun, dan kemaruk makanan atas lesen menyusu tu memang la teruk. Jadi saya nak tolong anda supaya tak berhenti program ni separuh jalan, dengan menyenaraikan 10 peraturan. Haip saya yang menyusu pun boleh buat, takkan uol tak boleh kan..haha.

1. Pilih Meal Plan yang Anda boleh ikut dan patuh
Mungkin minum jus selama 10 hari akan buat anda tertekan? Anda boleh ikut plan 7 hari yang saya ada ni. Tapi apa pun ini semua berbalik kepada individu itu sendiri. Seeloknya pilih pelan yang ada makanan solid seperti buah dan sayuran. Dengan mengurangkan kerja kerja pencernaan, tubuh ada lebih banyak tenaga untuk benda lain.

2. Psiko diri sendiri 3 hari sebelum mula pelan detoks
Sebenarnya berdetoks tu lebih banyak pakai kekuatan mental dari kekuatan fizikal. Kalau minda tak bersedia, tubuh akan gagal dengan sendirinya.

3. Berehat
Cuba bayangkan tubuh kita macam tangki minyak kereta. Kurang minyak maka kuranglah tenaga- lebih lebih lagi 3 hari pertama detoks. Waktu ni elakkan bekerja terlalu kuat, atau mungkin nak masuk larian marathon? no no..pastikan anda dapat 8 jam tidur malam dan jangan berlebih lebihan pakai tenaga di siang hari.

4. Hidrasi
Kalau biasanya anda minum 8 gelas air sepanjang hari, semasa detoks patut up kan jadi 2L sehari. Fungsi tubuh akan jadi lebih baik dan akan keluarkan lebih banyka toksin.

5. Bersenam ringan, tapi jangan berlebih lebihan
Senaman paling sesuai ialah yoga, pilates atau berjalan jalan di taman. Saya kata berehat tapi tak bermakna anda kena tidur atas katil sepanjang hari. Tubuh kita masa detoks masih perlukan pergerakan dan regangan.

6. Buang apa saja makanan yang mengganggu fokus detoks
Makanan dalam tin, dessert, nugget, aiskrim, coklat semuanya harus dikeluarkan dari rumah/dapur. Gantikan dengan makanan sesuai detoks sahaja.Ini semua akan mengganggu konsentrasi.

7. Rancang nak buat apa kalau ada masa terluang
Selalunya bila ada masa terluang kita akan pergi ke dapur untuk bikin teh tarik atau sandwich cheese. Jadi semasa detoks , masa lapang ni nak buat apa ya. Mungkin boleh mula main game candy crush ke haha?

8. Side effect - Ia memang ada!
Tengok diet asal anda lah. Apa yang anda buang bila berdetoks? Selalunya siapa yang berhenti minum kopi, akan merasa sakit kepala pada hari hari awal. Tapi kalau anda teruskan sahaja pelan itu, lama lama anda akan rasa makin baik. Macam saya, saya banyak ke tandas, naik ruam dan gatal kulit, berkahak dan sakit kepala jugak.

9. Kurangkan stress sepanjang tempoh detoks.
Ini khusus untuk mereka yang suka makan bila rasa stress. Kalau sakit kepala memang ramai akan give up dan makan je makanan kegemaran. Mungkin anda nak mulakan detoks di hujung minggu jadi stress tak teruk sangat pada hari pertama dan kedua. Kemudian dah boleh manage.

10. Jangan la makan nasi lemak terus lepas habis program detoks!
Sayang sahaja selepas seminggu makan makanan yang bersih dan segar. Dan dah lose pun kg. feeling pun rasa syok. Pada pengalaman saya lepas habis detoks, saya tak teringin pun nak makan makanan terproses. Badan dah terbiasa dengan makanan semulajadi dan bersih, bila makan benda yg tak berapa bersih -- terus badan mengamuk, berangin dan sebagainya.

Tuesday, April 19, 2016

Hilang 3.5kg selepas 7 hari detoks



berat badan hilang


HASIL 7-HARI DETOKS

Alhamdulillah final weigh in semalam, berat dah 61.5kg, so total kurang ialah 3.5kg dalam masa seminggu sahaja.

Selepas 7 hari detoks, nampaknya ada perubahan positif. Ada kawan yang melawat tadi pun tegur, bidang bahu dah nampak kecil berbanding sebelum, muka sikit kecut dan kulit tambah glowy.

Saya pun dah mula eat-clean, jaga kalori masuk dan kalori keluar. kalori masuk la yang utama, sebab tugas sebagai ibu bekerja di rumah, lebih kurang itu lah kalori keluarnya.hehe..

APA TERJADI SEPANJANG PROSES DETOKS

Kalau diperhatikan kepada meal plan 7 hari itu kan, konsepnya ialah mengeluarkan segala unsur makanan terproses, gula, lemak tepu secara total pada 7 hari, dan 4 hari pertama tanpa karbohidrat langsung. Yang saya nampak ia memberi kerehatan kepada organ tubuh dari memproses gula dan lemak tepu dan memperbaiki fungsi fungsi masing2.

Jadi ia membiasakan tubuh dengan makanan sihat sahaja. Kemudian supplement itu diambil untuk memaksimakan kesan detoks. Sebab jika kita ambil supplement pun tapi masih ambil makanan yg tidak sihat kesannya samada lambat atau tiada langsung sebab diganggu gaya pemakanan yang tidak sihat.

Supplement yang saya ambil adalah terdiri dari superfood yg anti penyakit kronik, memperbaiki peredaran darah, buang kolesterol, memperbaiki fungsi hati, dan memperbaiki kesihatan usus.

Hari hari pertama kan saya rasa agak pening dan lemah. Rasanya seperti berpuasa pada minggu pertama. Tapi memang saya dah jangka, kerana memang dah lama saya tak ubah gaya pemakanan.

BOLEH TAK SAYA BERPUASA SAHAJA?

Of course boleh, memang puasa adalah detoks terbaik. TETAPI
sahur dan berbuka lah dengan makanan yang dicadangkan. Elakkan dari CRAP (carbonated drinks, refined sugar, artificial color and sweetener, processed food). Untuk hasil maksima, tambahkan supplement yang memperbaiki fungsi hati, fungsi usus dan perjalanan darah.

IBU MENYUSU, TAKPE KE?

Macam saya buat tu, sebagai ibu menyusu memang wajib tambah protein dari hari pertama. Carbohidrat macam nasi dan gula tak perlu melainkan anda adalah ibu menyusu yang aktif bersenam. Sekarang saya dah mula ambil nasi cuma 1/4 pinggan kecil. Nutrient takkan kurang untuk hasilkan susu bayi malah bertambah kot sebab kita dah gantikan nasi dengan sayur, buah atau protein. Produksi susu meriah macam biasa.
macamni contoh piring makanan saya selepas detoks

BOLEH TAK SAYA AMBIL SUPPLEMENT SAHAJA

Boleh je, tapi macam saya kata tadi, katakan anda mengambil supplement anti kolesterol, tapi masih mengambil pemakanan penuh kolesterol, kebanyakan masa supplement cuma bertindak melawan hasil pemakanan waktu itu dan tidak dapat memperbaiki kolesterol yang sedia ada. Agak kerugian di situ.

BOLEH TAK SAYA IKUT MEAL PLAN TANPA SUPPLEMENT

Boleh jugak, tapi peluang detoks yg cuma 7 hari ini mungkin dapat dimaksimakan untuk kesihatan. Nutrien tambahan yang diambil akan detoks sekaligus memperbaiki sel tubuh dan sistem, maksudnya kesan detoks yang diingini akan diperolehi dalam waktu yang lebih singkat, kerana anda detoks dan up kan nutrien. Tubuh terpaksa jadi lebih sihat.

JADI, SELEPAS 7 HARI NAK BUAT APA?

Ini pengalaman saya. Saya ingatkan memang nak buat 7 hari sahaja. Sebab selama ni saya tak yakin saya boleh turun dah berat badan dan saya takde kekuatan pun nak diet. Proses detoks ini memang merubah terus cara saya memandang makanan, cara memasak, dan cara mengawal kelaparan.

Keinginan saya terhadap teh tarik dan kek pun dah kurang, lebih lebih lagi lepas tengok penimbang..hehe..

Jadi saya teruskan dengan eat clean pada hari biasa, dan cheating sikit pada hari minggu. Doakan saya capai berat idaman -- 50kg ya?

So dapatkan Set Detoks di sini..

Dan boleh hubungi saya untuk dapatkan meal plan penuh