Tuesday, June 28, 2016

Apa perancangan Diet Hari Raya?

diet-lepas-raya

Cikdetoks kira tinggal seminggu je lagi nak raya ni. Dah bersedia tak nak serang rendang, lemang, ketupat, soto, masak lodeh, kuah kacang, nasi impit, sup tulang, laksa, pulut kuning, kuih muih, biskut biskut, kek, air manis...

PITAM...

Tapi, eh jangan risau. Setelah elok eat clean bagai sepanjang bulan Ramadan, apa salahnya kita berhari raya sikit.

Strategi diet pada hari raya ; MAINTAIN BERAT JANGAN TAMBAH BERAT

Tu je dah cukup OK!!

Satu benda yang biasa anda akan rasa ialah rasa senak dan pedih ulu hati. Sebab selama 30 hari tubuh kita detoks dengan cuma sedikit makanan, dan kurang lemak. Tiba tiba sahaja macam macam kita makan pada hari raya. Jadi perlahan lahan ya. Terkejut badan karang.

Jom kita peringat macamana nak makan semasa hari raya, supaya berat kekal dan tak bertambah.

Tips maintain berat di aidilfitri:

1. Sila Makan semua Juadah yang anda suka
Hoyeahhh,,best kan tips ni. Siapa yang taknak. Dah sebulan berpuasa, takkan tak boleh. Tapi ada syarat. Ikut semua syarat selepas ini.

2. Makan ikut portion
Karbohidrat tetap segenggam, dan gantikan dengan sayuran. Saya perasan memang sukar nak cari sayuran di kala hari raya. Yang ada cuma dalam kuah santan (kuah lodeh). Cuba usahakan salad, timun dan tomato utk dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang. Amacam...rare kan???

3. Makan sup dahulu
Boleh hirup kuah soto dulu, kasi separa kenyang sebelum teruskan dengan juadah lain lain.

4. Jangan minum air gas
Ini je jangan. Air gas sangat tinggi kandungan gula. Kalau bukan sebab makanan, anda boleh jadi gemuk (dan tak sihat) jika ambil minuman berkarbonat. Gantikan dengan air masak yang banyak. Penting juga untuk pencernaan dan pelawasan sempurna

5. Selit protein shake antara waktu juadah
Boring nya..raya pun nak ambil protein?..Ya memang juadah raya sangat rendah protein. Teruskan pengambilan shake ini dan ia juga boleh kawal kelaparan dan kemaruk.

6. Banyakkan aktiviti
Memang sangat sibuk kalau raya pertama sampai keempat. Bekerja di dapur, menerima kunjungan tetamu, pergi beraya. Pastikan anda banyak berjalan dan beraktiviti. Bakar la kalori dari lemang tu sikit!

7. Hadkan beraya sampai 7 hari sahaja!!
Lepas hari ketujuh, anda boleh mulakan puasa enam, atau Detoks semula kembali ke program eat clean. Detoks maksudnya ambil pelan pemakanan sihat beserta supplemen yang sesuai.

Oh ya! Saya ada grup telegram yang akan bermula pada 12 Julai ini, untuk membantu anda dalam program detoks dan eat celan selepas musim perayaan.

Hubungi saya untuk dimasukkan dalam grup Telegram itu ya.. we gonna have FUN!

Thursday, June 9, 2016

Total 8KG Lost!

Alhamdulillah..

Saya secara tak sengaja bermula detoks pada 16 April 2016. Tak sengaja sebab saya tak berfikir panjang sangat, terus saja bermula.
Dan hari ini 10 Jun 2016, sejumlah 8KG saya dah berjaya buang.

Dari 65KG dan sekarang 57KG

Sebelum ini..

- Saya rasa mustahil nak turun walau 1KG pun, kerana saya menyusu
- Saya berpendapat ibu menyusu memang tidak boleh kawal pemakanan kerana selera yang tinggi
- Saya ingat dengan menurunkan berat badan, susu akan terjejas dan kesian kat baby
- Saya ingat saya tak boleh buang gula dari kehidupan
- Saya ingat saya harus berlapar untuk kurus
- Saya ingat kalau saya turun berat badan, ia akan kembali semula ke asal
- Saya ingat saya takkan kurus tanpa bersenam
- Saya ingat saya akan overweight selama lamanya
- Saya ingat hanya dengan berpuasa saya akan kurus

Semua tu alasan belaka rupanya uhukkk..

Sebenarnya, sepanjang 2 bulan ini, tubuh saya semakin segar dan sihat kerana saya memilih apa yang saya makan.

Dan paling penting saya jaga jumlah dan jenis makanan yang masuk. Dan saya sekali kali tak benarkan diri berlapar.

Mengikut nisbah seperti berikut:
  • Sayuran adalah perkara paling banyak saya makan (3 bahagian)
  • Kemudian protein (2 bahagian)
  • Kemudian buah buahan Dan serat (2 bahagian)
  • Kemudian (kalau masih perlu) baru ada karbohidrat (2 bahagian)
Hujung minggu biasanya saya makan seperti biasa, dan menjaga jumlah karbohidrat yang masuk (nasi) dan gula. Sayuran saya akan ambil tambahan di rumah. Selalunya salad. Saya takkan biarkan sehari tanpa sayuran.

Dan paling utama, saya pastikan tak lapar. Kerana memang selera ibu menyusu agak ganas. Kalau saya lapar sebelum waktu makan, besar kemungkinan fikiran akan menjadi kurang waras nak memilih makan. Dan selalunya saya akan makan nasi banyak. dan bertambah.

Saya pastikan 2 jam sebelum makan tengahari/malam, saya dah minum protein saya yang enak tu. Bila macamtu selalunya saya memang boleh tahan godaan meja makan.

Dah dapatkan Menu Detoks yang saya kompilasi PERCUMA untuk Ramadan?

Kalau belum boleh download di sini

Friday, June 3, 2016

7 Tanda Tubuh Penuh Toksin

Mungkin anda rasa anda sihat sahaja.

Tapi tak pulak rasa cergas dan bertenaga sentiasa. Kadang- kadang rasa tak larat, rasa lesu, cepat ngantuk. Banyak rasa resah gelisah. Perut asyik berangin. Sendawa tak henti henti. Lepastu sakit kepala pulak.

Benda kecik kecik ni selalu ganggu kehidupan seharian. Nak kata serius sampai perlu jumpa doktor, tak pulak. Tapi benda kecik kecik ni mengganggu kegembiraan seharian, dan buat rasa badan makin tua.

Berita baiknya, anda bukan semakin tua. Ada orang yang lebih tua yang lebih cergas dari anda. Mungkin tubuh anda cuma banyak toksin.

Tak berapa pasti? Ini ada 7 tanda tubuh anda mungkin penuh toksin, dan perlu detoks segera.

1. Keletihan yang konsisten

Walaupun dah cukup tidur, tapi masih letih. Tubuh anda mungkin sedang "berperang" sekuat kuatnya untuk melawan toksin yang ada. Jika anda memilih untuk mengambil makanan makanan manis atau kopi untuk memerangi keletihan, anda mungkin mengambil langkah yang salah!

2. Kenaikan berat badan yang mudah dan susah nak turun
Sesiapa saja setuju nak turunkan berat sangat susah. Tetapi kalau lah anda dah jaga pemakanan, dan bersenam kerap, tetapi masih ada kenaikan berat, anda mungkin diganggu masalah hormon tak seimbang. Masalah hormon ni sangat terkait dengan jumlah toksin yang terkumpul dalam badan.

3. Mulut berbau
Anda rajin memberus gigi. Cara pun betul. Selalu floss gigi, makan mint penyegar mulut. Tetapi mulut masih berbau busuk. Masalah mulut berbau sering dikaitkan dengan kerak usus yang tebal.  Dan hati sedang berlawan nak buang toksin dari tubuh. Jangan biar lama lama masalah ni, takut hilang kawan pula nanti.

4. Sembelit
Bila kita sembelit, kita sedang membiarkan toksin berkumpul lama lama dalam badan. Dan ia akan melarat buat perut kita sakit, kepala kita sakit, pening dan sebagainya. Banyak kaitan juga dengan kurangnya minum air, dan terlalu banyak makan makanan terproses yang tinggi bahan kimia dan pengawet.

5. Migrain/sakit kepala
Angin yang tak terkeluar dari usus boleh menyebabkan sakit kepala yang tidak terkawal. Berhenti pengambilan painkillers yang bersifat sementara.

6. Reaksi kulit
Jerawat, eczema dan psoriasis menandakan tubuh mungkin bertoksin. Jerawat kadangkala juga diakibatkan toxic dan bahan kimia dari produk penjagaan wajah.

7. Perut kembung / Buncit
Toksin yang berkumpul dalam perut boleh menyebabkan perut keras dan buncit. Jika dibiarkan dikhuatiri boleh menyebabkan ketidakselesaan dan masalah lain pula seperti migrain dan sebagainya.

Cara- cara mudah untuk detoks:
1. Minum air sekurang kurangnya 2 liter setiap hari
2. Bantu Hati menjalankan tugas membuang toksin dengan nutrient yang baik untuk hati, seperti teh dandelion, parsley, milk thistle, kunyit, cendawan reishi. (Boleh juga dapatkan DTX Complex yang mempunyai kebanyakan ramuan ini)
3. Bersenam. Ia boleh menggalakkan perjalanan darah dan perpeluhan, satu bentuk perkumuhan yang membuang toksin tubuh.
4. Bantu perut untuk menjadi lebih sihat dengan bakteria baik atau probiotik. Boleh amalkan, yogurt, keffir, teh kombucha, tempe, kimchi.
5. Guna produk penjagaan kulit yang diperbuat dari bahan semulajadi. Tanpa wangian, sulfat, phthalates, parabens. Selalu baca label.
6. Pilih makanan yang tak terproses. Makanan yang segar dari ladang!


Nak detoks sempena Ramadan? Dapatkan menu detoks percuma di sini
xoxo