Itu mungkin salah satu tanda anda mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Anda harus berhati hati kerana selalunya ramai yang lalai dan tidak menyedari kadar kolesterol nya yang merbahaya hanya bila keadaan sudah menjadi parah.
Gejala yang mungkin menandakan kadar kolesterol sudah merbahaya:
Stroke atau angin ahmar
Salah satu penyebab stroke adalah kerana tingginya kadar kolesterol dalam darah. KOlesterol boleh terkumpul sedikit demi sedikit pada pembuluh darah sehingga ia menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah dan oksigen ke otak akan terputus, maka strok terjadi. Otak yang tidak menerima oksigen dalam sesuatu tempoh akan mati secara perlahan lahan.
Serangan jantung
Boleh membawa maut serta merta. Walaupun begitu ia terjadi secara perlahan lahan dengan pembentukan plak. Pada suatu masa apabila plak terlalu banyak dan menyekat pengaliran oksigen ke jantung, akan berlaku serangan jantung.
Kolesterol jahat atau LDL yang tinggi dalam darah akan menyebabkan strok atau pun serangan jantung. LDL yang tidak normal ialah melebihi 130mg/dl manakala kolesterol tinggi adalah bacaan 200mg.dl atau lebih.
Bagaimana nak ketahui kadar kolesterol anda sudah tinggi?
- Rasa sakit di tengkuk, rahang mulut, atas perut atau belakang, ini kerana bekalan darah dan oksigen tersekat kerana plak plak yang terhasil dalam pembuluh darah.
- Selalu sakit kepala, kerana peningkatan tahap kolesterol menyebabkan arteriosklerosis ( pembuluh darah menjadi keras). Aliran darah yang mengalir ke otak akan terganggu.
- Cepat mengantuk, kerana kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan kadangkala menyumbat pembuluh darah, aliran darah yang membawa oksigen ke otak terganggu sehingga menyebabkan cepat mengantuk. Jika anda sering merasa lemah, letih dan lesu, mungkin anda patut berjumpa doktor untuk memeriksa kadar kolesterol anda.
- Mudah penat, orang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi sistem tubuhnya terganggu sehingga menyebabkan mudah penat. Adakah anda sering bangun tidur dan masih terasa letih sepanjang hari? Jika anda berusia 30 tahun ke atas dan sering mengalami gejala ini segera periksa kadar kesihatan anda dengan terperinci.
- Kekejangan, ini terjadi kerana aliran darah tidak lancar.
Selain pemeriksaan kesihatan berkala, elok juga jika diamalkan pemakanan yang membasmi kolesterol.
1. Asid lemak Omega-3
Biasanya terdapat dalam minyak ikan. Berfungsi untuk menggalakkan HDL (Kolesterol baik). HDL sangat penting untuk mengelakkan arteriosklerosis yang selalu menyebabkan strok.
2. Sterol & stenol tumbuhan
Berupaya mencegah plak dari melekat di arteri pembuluh darah dan mengakibatkan kolesterol. Banyakkan mengambil sterol tumbuhan untuk bebas kolesterol.
No comments:
Post a Comment