Wednesday, May 18, 2016

5 perkara penting sebelum DETOKS


Harini saya nak kongsi 5 perkara penting untuk anda buat sebelum bermula dengan program detoks ini.

1. Fikir kenapa anda nak detoks sebenarnya?
Adakah anda nak rasa lebih baik, dengan program semula pemakanan? Adakah anda nak rasa lebih sihat dari penyakit penyakit dari pemakanan e.g gastrik, migrain, kencing manis, kolesterol? Adakah anda mahu turunkan berat badan? Adakah anda mahu kulit yang lebih cantik?
Pada mula saya berdetoks, saya cuma mahu lebih sihat kerana saya risaukan organ dalaman saya yang harus bekerja keras memproses makanan yang tidak terkawal. Rupanya saya juga dapat bonus turunkan berat badan. Jadi make sure anda tahu spesifik apa yang anda mahu dari program ini.

2. Fikir, apa akan jadi lepas detoks berakhir?
Fikir tentang tabiat pemakanan anda sekarang. Adakah anda cuma mahu detoks dan kembali kepada cara yang lama? Saya juga mula berubah kepada "eat clean" selepas detoks. Kerana saya sayangkan tubuh saya, dan tabiat pemakanan baru saya. Bayangkan sepanjang Ramadan anda mempunyai tabiat pemakanan yang sihat, dan kemudian tiba hari raya. Kesemuanya punah...
Apa sebenarnya tabiat yang anda ingin ubah. Selama lamanya?

3. Kenali tubuh anda
Ini penting kerana lain orang lain situasi nya. Seperti saya, adalah ibu menyusu eksklusif. Maka saya harus mengambil protein tambahan 2-3 hidangan. Atau anda seorang yang aktif bersukan, kadar nutrient yang anda perlukan mungkin berbeza dari orang yang tidak begitu aktif.

4. Ketahui status kesihatan
Mungkin elok untuk anda periksa kadar gula dalam darah, tahap kolesterol, tekanan darah, BMI, % lemak dan sebagainya. Ini untuk mengetahui bagaimana detoks boleh memperbaiki status kesihatan anda dan beri motivasi untuk anda teruskan gaya hidup sihat selepas ini.

5. Mula perlahan lahan ubah diet sebelum detoks
Jangan kejutkan tubuh anda dengan detoks secara tiba2. Mungkin boleh mula kurangkan gula dari sekarang, atau mula snack buah buahan. Supaya terbiasa bila program detoks bermula nanti.


Itu 5 perkara yang anda mungkin nak buat sebelum mula program detoks ini.

xx

Friday, May 6, 2016

"Eat Clean" tu apa?

Macam gini

"Eat Clean" tu adalah amalan diet yang menolak makanan terproses dan refined. Diet ini menggalakkan makanan sebenar. Makanan asli.

Tanpa kita sedari, banyak unsur makanan kita seharian datang dari sumber yang dipermudahkan dan terproses, contohnya gula putih, nasi putih, roti putih, makanan dalam tin.
Amalan "eat clean" sangat fleksibel sebab boleh strukturkan sendiri cara pemakanan untuk dapatkan lebih nutrisi dalam kadar kalori rendah, boleh elakkan penyakit kronik bercambah, buang toksin, kurangkan berat badan, atau cuma nak rasa segar dan sihat sentiasa, pun boleh.

 5 panduan asas pemakanan "Eat Clean"

1. Makan makanan sebenar/asli. 
Makanan asli ini tak melalui makmal atau kilang. Dari ladang terus ke pinggan anda, haha. Contohnya : buah- buahan, sayur sayuran, kekacang, daging, ikan, telur, produk tenusu.

2. Elakkan Makanan Terproses
Makanan terproses adalah apa sahaja makanan yang mempunyai label. Bila ada label, ia bermaksud ada lebih dari satu jenis bahan digunakan untuk menghasilkan produk itu. Anda boleh pilih makanan terproses contohnya beras perang sebab takkan nak terus makan selepas padi dituai ye tak. Tapi cuba baca label pada makanan itu, kalau ada bahan yang anda tak boleh sebut, jangan masukkan makanan tu dalam troli!

3. Elakkan gula putih
Gula putih tak beri apa apa manfaat kecuali kalori. Gantikan dengan madu atau pemanis stevia (dalam kuantiti yang sedikit). Tapi pengalaman saya, lepas saya makan buah buahan, gula putih memang tak ada tempat dalam diet saya.

4. Makan 5-6 hidangan kecil sehari
Makan cara begini akan mengelakkan anda tak boleh kawal nafsu bila lapar. Saya kalau makan 3 kali sahaja, memang akan terbabas snacking etc. Tetapi cara saya mengawal kelaparan adalah dengan smoothie protein dan buah. MashaAllah sedap dan InshaAllah tak terbabas makan kerepek ubi, kerepek pisang, biskut dan sebagainya haha!

OH BTW, protein tu saya jual, saya boleh tunjukkan bagaimana nak kasi kenyang dan tak terbabas makan burger, kek, nasi goreng dan sebagainya. email saya k aishah.amin@gmail.com

5. Masak sendiri 
Heee nak masak sendiri memang lah susah kan? Nak tau tak pengalaman saya bertukar cara makan dari eat dirty ke eat clean. Kalau dulu, dapur saya akan terpercik banyak minyak, banyak kena kopek bawang etc. Tetapi sejak eat clean, saya cuma guna kuali non stick, perap perap sikit bahan dan masak. Siap!! Sayur pula, jerang air, campak2..5-minit pun dah boleh makan OK.

Tu dia 5 panduan asas eat clean. tak lama lagi saya akan hasilkan E-Book Detoks Ramadhan, khusus untuk mereka yang mahu berpuasa sambil detoks diet, tetapi masih mahu bertenaga dan sihat, dan yang penting KURUS. Kalau berminat email saya di aishah.amin@gmail.com supaya senang saya emailkan saja nanti.